Assalamualiakum
Terbaca status seorang SUAMI !!!!!
Masa isteri aku pregnant dulu, macam- macam aku pesan kat dia. Pohon agar dia :-
1- amalkan baca doa selepas bangun tidur
2- jaga- jaga dengan setiap langkahan
3- jalan, mata tengok bawah
4- hati-hati ketika dalam bilik air, licin
5- kalau solat, tak larat berdiri, duduk
6- ..jangan paksa diri berdiri
7- ..panggil abang, nanti abang sediakan kerusi
8- mulakan sarapan dengan susu
9- banyakkan makan kurma
10- makan kismis
11- makan anggur
12- makan delima
13- jangan makan mangga masam
14- jangan makan asam limau
15- jangan makan nenas
16- senang cerita, jangan makan benda-benda masam dan tajam
17- tahan dulu dari minum kopi
18- elakkan minum Milo
19- Nescafe jugak
20- air gas dilarang sama sekali
21- ais pun tak boleh jugak
22- air soya tak boleh
23- air tebu tak boleh
24- air kelapa takpe
25- banyakkan minum air suam
26- jangan makan beras
27- jangan makan sabun ( in case mengidam )
28- jangan makan selipar jepun
29- buat Dhuha kalau larat
30- sentiasa basahkan lidah dengan zikrullah
31- sentiasa dalam keadaan berwudhu'
32- baca surah Muhammad
33- baca surah Yusoff
34- baca surah Maryam
35- baca surah Luqman
36- pasang MP3 kalau tak larat baca Quran
37- jangan angkat benda-benda berat
38- nak angkat jugak panggil abang
39- batuk jangan kuat-kuat
40- tutup mulut dengan kain @ bantal kalau batuk jugak
41- jangan makan ubat batuk sembarangan
42- hati-hati ketika memandu
43- tamo laju-laju
44- alas seat dengan bantal empuk
45- baca doa & ayat Qursi sebelum drive
46- buat sudoku
47- buat teka silang kata
48- buat puzzle
49- jangan buat kerja rumah banyak-banyak
50- jangan biarkan diri terlalu penat
51- tak larat masak, tak payah masak
52- ..nanti abang masak
53- ..atau beli lauk
54- jangan miss appoinment dengan doktor
55- jangan tidur meniarap
56- jangan ketawa terbahak-bahak
57- ..kalau abang buat lawak, just smile
58- ingat Allah selalu
59- banyakkan selawat kepada Rasul
60- sebelum tidur, baca al-Mulk dulu
61- and the last one.. Please remember that.. I always Love You
Itulah antara pesan-pesanan aku pada dia yang aku ingat. Alhamdulillah, dia buat semuanya walaupun kadang-kadang ada hari dia tertinggal nak buat.
Dan untuk aku pun, dia juga ada pesanan. Pesannya :-
" Abang tolong masuk sekali ketika saya bersalin nanti. Abanglah kekuatan saya "
Bagi aku, walaupun permohonan dia cuma itu, tapi untuk aku tunaikan.. Adalah amat sukar sama sekali. Kerana apa?? Kerana aku ni mabuk darah.. Huuu..
P/S :- Ketika dia bersalin, aku masuk jugak. Tapi akhirnya, aku terlebih dahulu diusung keluar kerana aku telahpun pengsan sebaik sahaja anak aku selamat dilahirkan.. Huhu.. Malunya.