Thursday, July 31, 2014

Siapa Briged Izzudin Al-Qassam

Assalamualaikum

Siapa Briged Izzudin Al-Qassam


Wednesday, July 30, 2014

Jom..Bantu Palestin

Assalamualaikum

Jom sama2 bantu PALESTIN


Tuesday, July 29, 2014

Dia Itu Adalah ANDA

Assalamualaikum

Ada satu kisah tentang seorang Muslim.
Pada satu hari yang indah, dia telah berkata;
ALLAHU AKBAR

Kemudian dia menyambung lagi; LAILLAHA
ILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH

Setelah itu dia berkata; LA ILAHA ILLA ANTA
SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZALIMIN

Dia menambah sedikit lagi; SUBHANALLAH WA
BIHAMDIHH SUBHANALLAHIL ADZIM

※ Dengan mengucapkan semua itu; Dia telah
diberi ganjaran pahala yang sangat besar dari
ALLAH SWT.

Anda mahu tahu siapakah orang yang beruntung
itu ?

Orang itu adalah ANDA... InsyaAllah.

Monday, July 28, 2014

Test Kecepatan Otak

Assalamualaikum

TEST KECEPATAN OTAK 
1. Jawab dgn spontan (MESTI CEPAT), tk boleh fikir lama2.. 
2. baca satu demi satu. 
3. fokus.. 
Permainan fokus warna ... 
Mulaiiiiiii. 

1. kertas A4 warnanya apa ? 
2. awan warnanya apa ? 
3. tisu warnanya apa ? 
4. lembu minum apa ? 
Yang menjawab susu fokus anda terganggu, sbb lembu minum air
1. rambut anda warna apa? 
2. bulu mata warnanya apa ?? 
3. jalan tar warnanya apa ??? 
4. kelawar tidur bila? 
Yang menjawab malam, maknanye fokus anda tergganggu. 
# sbb kelawar tidur di siang hari. 

1. warna dari cendol apa? 
2. daun kelapa warnanya apa? 
3. warna umum rumput? 
4. Zirafah makan apa? 
# Yang jawab rumput , itu salah, 
# sbb Zirafah makan daun. 

Haaaa..!! salah berapa?? cepat ngaku..jgn senyum sorang2..nnti ada yg ingat anda kurang siuman..hehehe.. .
Enjoy, .jgn stress!!

Saturday, July 26, 2014

Fibroid Dan Cyst

Assalamualaikum


TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.


Friday, July 25, 2014

7 Rahmat Di Sebalik Dugaan

Assalamualaikum

7 Rahmat Di Sebalik Dugaan

- Allah tingkatkan darjat dan keinginan kita
- Allah tarik sedikit nikmat untuk beri nikmat yang lebih besar
- Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar
- Allah hapuskan dosa dosa kita
- Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan hati kita yang semakin mendekatinya
- Allah mahu berikan iktibar kepasa orang lain melalui kita
- Tanda Allah ingat & sayangkan kita.

Thursday, July 24, 2014

Bacalah Selalu

Assalamualaikum 

Setiap sesuatu itu Allah telah sediakan penawarnya...


Tips Keselamatan :: Pemandu dan Kenderaan

Assalamualaikum

Tips Keselamatan :: Pemandu dan Kenderaan
Sentiasa mengunci pintu kereta/kenderaan anda walaupun anda keluar sebentar sekadar seminit dua sama ada untuk mengambil barang di kedai yang jaraknya dekat dengan tempat anda berhenti kereta atau turun sebentar ke belakang kereta.
Seminit dua tidak mengutamakan keselamatan mungkin berisiko mengundang situasi merbahaya.


Tuesday, July 22, 2014

Jangan Sampai Dapat Dosa

Assalamualaikum 


Jagalah kata kata 
Tulisan kita dan sebagainya 
Jangan sampai dapat DOSA ..
RUGI !!! SIA SIA 
Buat amalan pun buta je
Ingat senang ke nak minta maaf ??


Ingatan Dari Seorang Bergelar Suami Untuk Isteri

Assalamualiakum 

Terbaca status seorang SUAMI !!!!! 

Masa isteri aku pregnant dulu, macam- macam aku pesan kat dia. Pohon agar dia :-
1- amalkan baca doa selepas bangun tidur
2- jaga- jaga dengan setiap langkahan
3- jalan, mata tengok bawah
4- hati-hati ketika dalam bilik air, licin
5- kalau solat, tak larat berdiri, duduk
6- ..jangan paksa diri berdiri
7- ..panggil abang, nanti abang sediakan kerusi
8- mulakan sarapan dengan susu
9- banyakkan makan kurma
10- makan kismis
11- makan anggur
12- makan delima
13- jangan makan mangga masam
14- jangan makan asam limau
15- jangan makan nenas
16- senang cerita, jangan makan benda-benda masam dan tajam
17- tahan dulu dari minum kopi
18- elakkan minum Milo
19- Nescafe jugak
20- air gas dilarang sama sekali
21- ais pun tak boleh jugak
22- air soya tak boleh
23- air tebu tak boleh
24- air kelapa takpe
25- banyakkan minum air suam
26- jangan makan beras
27- jangan makan sabun ( in case mengidam )
28- jangan makan selipar jepun
29- buat Dhuha kalau larat
30- sentiasa basahkan lidah dengan zikrullah
31- sentiasa dalam keadaan berwudhu'
32- baca surah Muhammad
33- baca surah Yusoff
34- baca surah Maryam
35- baca surah Luqman
36- pasang MP3 kalau tak larat baca Quran
37- jangan angkat benda-benda berat
38- nak angkat jugak panggil abang
39- batuk jangan kuat-kuat
40- tutup mulut dengan kain @ bantal kalau batuk jugak
41- jangan makan ubat batuk sembarangan
42- hati-hati ketika memandu
43- tamo laju-laju
44- alas seat dengan bantal empuk
45- baca doa & ayat Qursi sebelum drive
46- buat sudoku
47- buat teka silang kata
48- buat puzzle
49- jangan buat kerja rumah banyak-banyak
50- jangan biarkan diri terlalu penat
51- tak larat masak, tak payah masak
52- ..nanti abang masak
53- ..atau beli lauk
54- jangan miss appoinment dengan doktor
55- jangan tidur meniarap
56- jangan ketawa terbahak-bahak
57- ..kalau abang buat lawak, just smile 
58- ingat Allah selalu
59- banyakkan selawat kepada Rasul 
60- sebelum tidur, baca al-Mulk dulu
61- and the last one.. Please remember that.. I always Love You 

Itulah antara pesan-pesanan aku pada dia yang aku ingat. Alhamdulillah, dia buat semuanya walaupun kadang-kadang ada hari dia tertinggal nak buat.

Dan untuk aku pun, dia juga ada pesanan. Pesannya :-
" Abang tolong masuk sekali ketika saya bersalin nanti. Abanglah kekuatan saya "

Bagi aku, walaupun permohonan dia cuma itu, tapi untuk aku tunaikan.. Adalah amat sukar sama sekali. Kerana apa?? Kerana aku ni mabuk darah.. Huuu..

P/S :- Ketika dia bersalin, aku masuk jugak. Tapi akhirnya, aku terlebih dahulu diusung keluar kerana aku telahpun pengsan sebaik sahaja anak aku selamat dilahirkan.. Huhu.. Malunya.

Monday, July 21, 2014

Nasihat Si Suami ...

Assalamualaikum

Isteri : Abang, kenapa letak ikan goreng tu atas meja tanpa penutup?
Suami : Kenapa, tak boleh ke?
Isteri : Gila ape. keliling rumah kita ni kan banyak kucing.
Suami : Dah tu?
Isteri : Tak takut diterkamnya ke?
Suami : Habis tu kau pakai seksi dedah-dedah ni kau tak takut? gila apa?
Isteri : apasal pulak? apa kena-mengenanya?
Suami : Di keliling kita ni kan banyak lelaki yang kita tak tau sama ada baik atau jahat. kau tak takut diterkam ke? macam sengaja mintak diterkam je?
Isteri : errr... (ye tak ye jugak)

Ya Allah ..Ajari Aku ...

Assalamualaikum

YA ALLAH,AJARI AKU..
Ajari aku IKHLAS untuk dapat merelakan Ketika aku harus KEHILANGAN..
Ajari aku SABAR untuk bisa menerima Ketika hatiku TERLUKA..
Ajari aku TEGAR menghadapi semuanya Ketika aku dalam UJIAN..
Ajari aku untuk tetap TERSENYUM menyembunyikan segalanya Ketika aku dalam MASALAH..
Ajari aku untuk selalu BERSYUKUR atas segala nikmat yang kuterima Ketika kutengah BAHAGIA..
Ajari aku ERTI Ikhlas dan Redha atas segala yang telah ENGKAU tetapkan..

Aamiin Yaa Rabbal'Alamiin

Sunday, July 20, 2014

Doa Untuk Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum

DOA UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN


"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

Doa Pagi

Assalamualaikum

Ya Allah
Peliharakanlah permulaan hari ini
Dengan penuh kebaikan
Pertengahannya membawa kejayaan
Bahagian akhirnya suatu keberuntungan

Ya Allah
Jadikan awalnya rahmat
Pertengahannya nikmat
Dan penghujungnya penuh berkat ...


Saturday, July 19, 2014

#Mh17 #PrayForMH17 #MAS

Assalamualaikum

#Mh17 #PrayForMH17 #MAS


Kesedihan MH370 masih terasa,
Terjadi tragedi MH17 pula,
Sedih pilu mengiringi keluarga mangsa,
Mendengar khabar sedemikian rupa.

Tragedi MH17 menjadi saksi, 
Kerangkusan insan bernama manusia,
Mengikut hawa nafsu sendiri,
Tanpa peduli nyawa berharga.

Pesawat ditembak dengan rakus,
Tidak mengira siapa penumpangnya,
Menjadi permainan sandiwara buas,
Melintasi sempadan sesebuah negara.

Apa agenda di sebalik tragedi, 
Banyak bermain di fikiran kita,
Adakah ada kekesalan diperakui,
Tiada siapa bertanggungjawab Ukraine atau Rusia.

Jadikan ini sebagai pengajaran,
Agar tidak berlaku lagi,
Tragedi menyayat hati insan, 
Penuh dengan keimanan yang hakiki.


Nukilan: Kamil Salleh aka sensasi2020

Friday, July 18, 2014

Zikir Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum

Penuhi masa sepanjang Ramadhan dengan tasbih dan zikrullaj .
Antara bacaan yang boleh menjadi basahan lidah,
terutamanya menjelang berbuka puasa ..


Thursday, July 17, 2014

Makanan Sihat KegemaranRasulullah SWA

Assalamualaikum

MAKANAN SIHAT KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

InsyaAllah ..Be POSITIVE

Assalamualaikum 

Hari ini duka , esok pasti bahagia . 
Hari ini susah , esok pasti senang . 
Hari ini tangis , esok pasti senyum . 
Insya-Allah. Be positive...

Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik...
Walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain... 
Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat 
Hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat ..

MAAF .... Boleh menenangkan jiwa dan perasaan.
Sebelum tidur, marilah maafkan orang yang pernah membuat kita terlupa.
Dan saya juga meminta maaf kepada anda semua atas segala kesilapan yang dilakukan dan tanpa disedari.

Wednesday, July 16, 2014

7 Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

Assalamualaikum

7 Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

Kerisauan ibu-ibu yang menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja.
Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:

1. Disiplin Waktu makan
Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari 
iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur

2. Kurma, Kurma dan Kurma
Jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia 
amat sesuai untuk ibu menyusu.

3. Makanan seimbang dan suplemen
Contoh makanan seperti nasi atau mee & suplmen semasa 
berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. 

4. Banyakkan minum air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua 
liter diperlukan sehari. Elakkan minuman berais terutama ketika 
berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. 
Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

5. Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan 
susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan 
berkurangan

6. Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, 
semakin banyak susu dikeluarkan.Bagi ibu yang bekerja, semakin 
kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan.


Perempuan Vs Muslimah

Assalamualaikum 

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki 
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya 
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal 

Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki 
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’ 
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat 

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah: 

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki 
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya 
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal 

Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram 
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja 
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’ ..

Tuesday, July 15, 2014

Salam Nuzul Al Quran

Assalamualaikum 

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1435H

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Monday, July 14, 2014

10 PINTU REZEKI

Assalamualaikum

10 PINTU REZEKI...

Bismillahirrahmanirrahim.

1. MEMPERBANYAK ISTIGHFAR.
Allah swt berfirman: “Maka Aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Robb mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, membanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Qs. Nuh: 10-12)

Al-Qurtubi berkata, “Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahwa istighfar merupakan salah satu cara diturunkan rezeki dan hujan.

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memperbanyak istighfar (memohon ampun pada Allah), nescaya Allah menggantikan setiap kesempitan menjadi jalan keluar, setiap kesedihan menjadi kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” ( Abu Daud)

2. BERTAKWA KEPADA ALLAH
Allah berfirman: “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (Qs. Ath-Thalaq: 2-3).

Ibnu Katsir berkata, “Maknanya, barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan Nya dan meninggalkan apa yang dilarang Nya, nescaya Allah akan memberinya jalan keluar, serta rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya.”

3. BERTAWAKAL KEPADA ALLAH
Nabi Muhammad saw bersabda, “Sungguh, seandainya kalian betawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung, mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.” (Ahmad dan Tirmizi)

4. RAJIN BERIBADAH
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam!, beribadahlah sepenuhnya kepada Ku, nescaya Aku penuhi (hatimu) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. Jika kalian tidak lakukan yang sedemikian, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak aku penuhi keperluanmu (kepada manusia).” ( Tirmizi, Ahmad, dan Ibnu Majah).

5. HAJI DAN UMRAH
Firman Allah swt, “Lakukanlah haji dan umrah, kerana sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan karat besi, emas, dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur kecuali syurga.” (Ahmad, Tirmizi, dan An-Nasa`i).

6. MENJAGA SILATURAHIM
Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaknya ia menyambung (tali) silaturahim.” (Bukhari).

7. BANYAK BERSEDEKAH
Allah berfirman, “Katakanlah: ‘Sesungguhnya Robb ku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki Nya di antara hamba-hamba Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki Nya)’, dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Qs. Saba`: 39).

Rasulullah saw bersabda dalam hadis Qudsi, “Wahai anak Adam, bersedekahlah, nescaya Aku memberi rezeki kepadamu.” (Abu Daud).

8. MEMBANTU PENUNTUT ILMU
Disebutkan sebuah kisah, “Dahulu ada dua orang saudara pada masa Rasulullah saw. Salah seorang daripadanya mendatangi nabi dan (saudaranya) yang lain bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu pada nabi, maka Baginda saw bersabda, “Mudah-mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia.” (Tirmizi, Hakim).

9. MEMBANTU ORANG LEMAH
Rasulullah saw bersabda, “Bantulah orang-orang lemah, kerana kalian diberi rezeki dan ditolong lantaran orang-orang lemah di antara kalian.” (Muslim dan An-Nasa`i).

10. BERHIJRAH
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (Qs. An-Nisa`: 100).

Moga kita sama-sama mengambil manfaat dan diberikan kemudahan oleh Allah untuk melakukannya dengan istiqamah…


Ambillah Waktu

Assalamualaikum

Ambillah waktu untuk BERFIKIR,
Itu adalah sumber KEKUATAN.
Ambillah waktu untuk BERDOA,
Itu adalah sumber KETENANGAN.
Ambillah waktu untuk BELAJAR,
Itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN.
Ambillah waktu untuk BERSAHABAT,
Itu adalah jalan menuju KEBAHAGIAAN.
Ambillah waktu untuk MEMBERI,
Itu membuatkan hidup terasa BERERTI.
Ambillah waktu untuk BELAJAR,
Itu adalah nilai KEBERHASILAN.
Ambillah waktu untuk BERAMAL,
Itu adalah kunci menuju SYURGA.

Sunday, July 13, 2014

Sakit Menghapus Dosa..

Assalamualaikum 

Sakit menghapus dosa..

Rasulullah SAW. bersabda, "Tidaklah
seorang muslim menderita sakit kerana
suatu penyakit melainkan Allah
menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu,
sebagaimana pohon yang
menggugurkan daun-daunnya". 
(HR.
Bukhari dan Muslim)

Sakit merupakan bagian dari hidup. Meskipun kita sudah berusaha semaksima mungkin untuk menjaga kesihatan badan kita,dengan mengamalkan makanan halal dan bergizi tinggi, menjalani pola hidup yang sihat, dan rajin melakukan ujian kesihatan.Kalau Allah menghendaki hamba-Nya sakit, maka sakitlah hamba itu. Kerana sakit sudah merupakan sunnatullah dalam kehidupan makhluk-Nya.

Allah befirman :
“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (QS Al-Anbiya’: 35)

Rasulullah SAW bersabda, “Bencana itu akan selalu menghiasi hidup seorang mu’min atau mu’minah, pada jasad, harta dan anaknya sehingga ia bertemu dengan Allah dan dirinya tidak dikotori dosa sedikitpun.” (HR Ahmad no.7521). Dalam riwayat lain, “Sesungguhnya besarnya pahala bergantung pada besarnya ujian. Dan apabila Allah mencintai suatu kaum, Dia akan mengujinya. Dan barangsiapa yang rela, maka ia mendapatkan ridho-Nya. Dan barangsiapa yang marah, maka ia akan mendapatkan murka-Nya.” (HR Tirmidzi dan dihasankan oleh Al-Albani).


InsyaAllah ...

Assalamualiakum 

Fikir yang baik baik 
Cakap yang baik baik
Minta yang baik baik
Sangka yang baik baik
Yang datang nanti 
Semua yang baik baik !!!!





Saturday, July 12, 2014

Elakkan Jenaka Berunsur Menghina

Assalamualaikum

Elakkan Jenaka Berunsur Menghina
Walau Pun Niat Bergurau Senda

Rasulullah SAW Bersabda :
Celakalah Orang Yang Berbicara
Lalu Mengarang Cerita Dusta
Agar Orang Lain Tertawa
HR : Abu Daud

Bimbang Ada Hati Yang Terluka 
Padah Jenaka Mengundang Dosa


Friday, July 11, 2014

Doa Qunut Nazilah

Assalamualaikum

Doa Qunut Nazilah


PRAY FOR GAZA 
PRAY FOR GAZA
PRAY FOR GAZA
PRAY FOR GAZA 


Thursday, July 10, 2014

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe



CLICK CLICK CLICK


Tarikh tutup penyertaan belum di putuskan. Jadi jom sertainya beramai-ramai !! click Banner kalo nak join tauuu .. =D all the best semua !


Cara Mengatasi Morning Sickness

Assalamualaikum
Cara Mengatasi Morning Sickness


1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap... elakkan daripada makan dengan banyak kerana akan menyebabkan anda berasa mual...
2. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat untuk membantu hilangkan rasa mual...antaranya roti dan kentang...
3. Sewaktu bangun daripada tidur terutamanya pada waktu pagi...jangan terus bangun secara tiba2.. haruslah duduk terlebih dahulu untuk menstabilkan tubuh sebelum bangun secara perlahan2.
4. Hindari makan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia akan menburukkan lagi gejala morning sickness.
5. Pastikan anda minum air yang banyak walaupun sering muntah. minum air masak atau pun jus buah-buahan. ini penting bagi memastikan tubuh mendapat air secukupnya... hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kafein...
6. Jika anda merasa mual yang teruk sehinggakan tak boleh langsung nak makan...berjumpalah dengan doktor. ubat tahan muntah pasti akan membantu anda...
7.Anda boleh cuba amalkan minuman halia... ini kerana halia diakui secara tradisi boleh mengatasi rasa mual.
8. Kurangkan berada dihadapan komputer kerana papan monitor boleh menyebabkan morning sickness anda makin menjadi2...
9. Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. anda juga boleh minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu...
10. Pakai baju longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual... kerana baju yang ketat ni akan menekan bahagian perut...
Semoga Bermanfaat ..


Wednesday, July 9, 2014

Tuesday, July 8, 2014

Amalan Ibu Mengandung

Assalamualaikum
Amalan amalan ibu mengandung ini dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah 

Amalan Ibu Mengadung

~ Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengadung bagi mengelak anak yang ganas dan panas baran.
~ Bersedekah bagi melahirkan anak yang jiwanya lembut
~ Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
~ Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yang mudah mendapat hidayah dan petunjuk
~ Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT
~ Banyak berdoa kepada Allah SWT
~ Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So, si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat isnin dan khamis
~ Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat
~ Banyakkan zikir kepada Allah SWT. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya.
~ Banyakkan membaca al-Quran.
~ Surah Amalan Ibu Ketika Mengandung
~ Banyakkan membaca buku-buku ilmiah contohnya kisah-kisah para anbia, para sahabat dan lain-lain
~ Berbual dengan anak yang masih dalam kandungan sambil mengusap perut si ibu.
~ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain-lain bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Dan si suami mestilah membantu si isteri melakukan kerja-kerja rumah itu
~ Tidak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yang membesar tetapi seronoklah melihat anak anda yang sedang membesar. Oleh itu, si suami kena sentiasa bersama isteri jika isteri penat, pening atau sakit.
~ Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
~ Makan makanan yang baik.
~ Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
~ Rajin mengukirkan senyuman
~ Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Doa Semasa Mengandung

Surah Amalan Ketika Mengandung

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung 

- Elak mengidam makanan yang pelik dan buruk 
- Elak makan dan minum yang haram 
- Elak makan makanan yang berbisa contohnya pari, ikan sembilan, nenas, tapai dan lain-lain. 
- Si suami mesti elakkan daripada melakukan perkara yang dapat menyedihkan si isteri 
- Elak penampilan yang tidak menarik dihadapan si suami 
- Jauhi maksiat 
- Jauhi pertuturan yang negatif atau tidak baik Jauhi amalan khurafat 

Moga Bermanfaat !!!


Monday, July 7, 2014

Kepentingan Asid Folik Semasa Hamil

Assalamualaikum 

Apakah Asid Folik?



Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah Anda Memerlukan Asid Folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah Jumlah Asid Folik Yang Anda Perlukan?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Apakah Sumber Makanan Yang Terbaik?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- Bayam, 1 cawan;
- Kacang bendi, setengah cawan;
- Asparagus, setengah cawan;
- Lentil, setengah cawan;
- Hati, 1 keping;
- 11 batang taugeh brussels;
- Kacang mata hitam, 4 sudu makan;
- Emping bran, 7 sudu makan;
- Germa gandum, 25g / 1 aun;
- Betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- Brokoli kukus, 2 pucuk;
- Buah oren saiz besar;
- Nasi putih, setengah cawan;
- Oat, setengah cawan;
- Kacang merah, setengah cawan;
- Jagung saiz besar, 1;
- Biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 
 Moga bermanfaat .

Sunday, July 6, 2014

Ya Allah ... Permudahkan Segalanya

Assalamualaikum 
Dari Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim
Hadis ini menerangkan beberapa kewajipan terhadap orang lain iaitu :
1- Sesiapa yang menyelesaikan masalah orang lain akan dibalas oleh Allah dengan diselesaikan masalahnya di akhirat.
2- Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain,Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.
3- Sesiapa yang menutup keaiban orang lain dan tidak menghebahkannya,Allah akan menutup keaibannya di dunia di akhirat.
4- Sesiapa yang menolong saudaranya akan mendapat pertolongan Allah setiap masa.
Apa lagi alasan untuk kita tidak melaksanakan kewajipan di atas? Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah yang daif amat-amat memerlukan urusan kita diselesaikan sehingga di hari akhirat kelak.Begitu juga agar keaiban diri kita ditutup oleh Allah. Tiada siapa yang dapat membantu dan menyelesaikan semua urusan kita di dunia dan akhirat melainkan Allah SWT.
Untuk mendapat jaminan tersebut kita hendaklah berbakti kepada saudara kita yang memerlukan. Bantulah sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Bantulah sekadar kemampuan yang ada.
Jangan kecewakan mereka, jangan pentingkan diri sendiri, jangan bersikap sombong dan angkuh. Anda akan rugi di dunia di akhirat. Mungkin hari ini mereka memerlukan bantuan, entah satu masa nanti kita pula akan memerlukan bantuan tersebut.
Semoga Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.
InsyaAllah…….



Rebut Peluang Berbuat Baik Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum ..

Rebutlah peluang yang Allah telah janjikan dibulan ramadhan yang mulia ini... Mudah-mudahan Allah akan perkenankan, InsyaAllah...


Disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” ..



Saturday, July 5, 2014

3 Lelaki Masuk Meminang Anak Pak Imam

Assalamualaikum 
3 Lelaki Masuk Meminang Anak Pak Imam

Pak Imam - " Kau nama siapa?"
Lelaki 1 - " Nama saya Yusuf.."
Pak Imam - " Haa.. Kau baca surah Yusuf.. Aku nak dengar.."
Lelaki 1 membaca surah Yusuf dengan lancar..

Pak Imam - " Apa nama kau?"
Lelaki 2 - " Nama saya Ibrahim, Pak Imam.."
Pak Imam - " Kau baca surah Ibrahim.. Baca dengan betul.."
Lelaki 2 membaca surah Ibrahim dengan baik dan lancar..

Lelaki 3 mulai menggigil.
Pak Imam - "Kau.. Nama kau apa..?"
Lelaki 3 - " Err.. Err.. Nama saya Yasin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad.."

Friday, July 4, 2014

Wanita Hiasan Dunia

Assalamualaikum

Wanita Hiasan Dunia 



Bacalah Wahai Kaum Adam,

Kenalilah Wanita Wanita kita..
Hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya..

Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata.
Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya.
Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya.
Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear.
Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti.
Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…

Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..

Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda..


Thursday, July 3, 2014

Wasiat Imam Shafie

Assalamualaikum

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Puasa Adalah Perisai

Assalamualiakum 

Disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa”


Wednesday, July 2, 2014

Di sebalik Nama Nutrigoat Milk Miracle 8

Assalamualaikum..

Di sebalik nama produk NutriGoat Milk Miracle 8 ? Susu kambing bsama 8 makanan sunnah iaitu habbatussauda, kurma, kismis, delima, buah zaiton, buah tin, saffron dan madu.

Menarik kan ?? Allahuakhbar, benda yang baik, mesti nak cuba.. lagi2 ntuk kesihatan. Zara berani cuba sbb kandungan Nutrigoat ni berasaskan alam semulajadi yang takda campuran mbahayakan. Selain tu, Zara tak penah minom susu kambing, tu sebab nak try jugak ! miahaha..

Sempena bulan Ramadhan ni, secara rasmi Zara mula kn pengambilan Nutrigoat ni (30 June 2014) semasa bersahur & berbuka.. 2 sachet sehari la kan ? =) 

Pendapat Zara mgenai Nutrigoat Miracle 8 setakat masuk ari ke-3 penggunaan ni, bab rasa tu mmg enak, rasa creamy dan lemak yg sgt selesa kat tekak. Tak lebih dan xkurang. Bau susu ni pulak ??? Wangi tauuu. Takda hanyir ponn. Pertama kali rasa susu kambing.. teruja byk.. miahaha. selamat bpuasa korang =D


sayang,
*mrshafiezy*

UJIAN

Assalamualaikum

UJIAN:

Ingatlah kata-kata ini apabila diri terkena ujian atau musibah.
Tanpa ujian dalam hidup, tiadalah kesempurnaan kerana kedatangan ujian laksana hujan dan panas. Zahirnya tak disenangi oleh manusia. Hakikatnya, dunia jadi indah dengannya.

Oleh itu, kita diingatkan untuk menziarahi jenazah agar kita hargai nikmat hidup, ziarahi pesakit agar mengerti nikmat sakit dan ziarahlah orang yang dipenjara agar memahami nikmat bebas. Jika tak melakukan tuntutan ini, dibimbangi kita belum lagi mensyukuri kepelbagaian nikmat yang menghujani kita.



Tuesday, July 1, 2014

Solat Itu Tiang Agama

Assalamualaikum ...

Hadith:
Daripada Jabir RA katanya, sabda Rasulullah SAW, bandingan sembahyang lima waktu adalah seperti air sungai yang mengalir, melimpah ruah pada pintu rumah seseorang, yang dia mandi lima kali pada tiap-tiap hari.
Huraian Hadith:
~ Setiap Orang Islam diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam kerana sembahyang yang dilakukan itu adalah menjadi bukti seseorang itu patuh kepada perintah Allah Taala.
~ Setiap amalan yang disuruh melakukannya akan dibalas dengan pembalasan yang berganda-ganda oleh Allah SWT.
~ Sembahyang menghapuskan kekotoran maknawi iaitu dosa-dosa kecil, seperti air menghapuskan kekotoran zahir.
~ Sembahyang adalah ibadat yang paling utama kerana ia adalah tiang agama.

Sehebat manapun kita.Secantik manapun kita.
Sehensem manapun kita.Sekaya manapun kita.
Sepandai manapun kita.

Jika solat kita tiada.. Jika solat kita tinggalkan, 
Maka buruklah kita,Miskinlah kita, 
Hinalah kita Dan Teruklah kita di akhirat kelak..