Wednesday, July 16, 2014

7 Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

Assalamualaikum

7 Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

Kerisauan ibu-ibu yang menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja.
Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:

1. Disiplin Waktu makan
Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari 
iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur

2. Kurma, Kurma dan Kurma
Jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia 
amat sesuai untuk ibu menyusu.

3. Makanan seimbang dan suplemen
Contoh makanan seperti nasi atau mee & suplmen semasa 
berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. 

4. Banyakkan minum air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua 
liter diperlukan sehari. Elakkan minuman berais terutama ketika 
berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. 
Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

5. Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan 
susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan 
berkurangan

6. Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, 
semakin banyak susu dikeluarkan.Bagi ibu yang bekerja, semakin 
kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan.


4 comments:

  1. Thank's share zara sihat..klau lya da baby nak bagi susu ibu je insyallah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum zara, sedang mengepam kat ofis ni. hahaha thanks for the tips. tetiba rindukan anak teruna tu (~____~)

    ReplyDelete
  3. Huhu..entri ni khas utk kaum ibu2

    ReplyDelete
  4. My sister bulan puasa ni makin byk susu dia...dia amalkan pemakanan yg sihat....Alhamdulillah rezeki Qhaira...

    ReplyDelete

 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012