Saturday, July 19, 2014

#Mh17 #PrayForMH17 #MAS

Assalamualaikum

#Mh17 #PrayForMH17 #MAS


Kesedihan MH370 masih terasa,
Terjadi tragedi MH17 pula,
Sedih pilu mengiringi keluarga mangsa,
Mendengar khabar sedemikian rupa.

Tragedi MH17 menjadi saksi, 
Kerangkusan insan bernama manusia,
Mengikut hawa nafsu sendiri,
Tanpa peduli nyawa berharga.

Pesawat ditembak dengan rakus,
Tidak mengira siapa penumpangnya,
Menjadi permainan sandiwara buas,
Melintasi sempadan sesebuah negara.

Apa agenda di sebalik tragedi, 
Banyak bermain di fikiran kita,
Adakah ada kekesalan diperakui,
Tiada siapa bertanggungjawab Ukraine atau Rusia.

Jadikan ini sebagai pengajaran,
Agar tidak berlaku lagi,
Tragedi menyayat hati insan, 
Penuh dengan keimanan yang hakiki.


Nukilan: Kamil Salleh aka sensasi2020

5 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirajiuunn....

    ReplyDelete
  2. Takziah buat keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  3. Takziah buat semua keluarga mangsa #mh17...feeling sad...

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah buat mangsa yang beragama Islam

    ReplyDelete

 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012