Korang ada amik insurance tak ? Mungkin dah tlewat nak tnya pendapat korang tapi takpa.. hehe. Last year, Zara amik insurrance Prudential iaitu Medical Insurance. Tak tahu laa kenapa bole iya kan nak amik insurance ni. Masa tu.. Zara taktau pun apa tu Prudential.
Then bila Customer Service tu terangkan, baru Zara faham apa yng di maksdkn ngan Medical Insurance yg ditawarkn oleh Prudential. Kita selalu nya lebih fokus ntuk memiliki insurans perlindungan ntuk harta benda seperti rumah & kereta sbb bimbangkn kejadian yng mungkin akan blaku thadap harta benda kita sperti kebakaran atau kecurian. Tetapi, bagaimana ngan nyawa kita ? adakah di lindungi ? maksud Zara di sini, kenapa kita tidak sediakan insurance perlindungan kepada keluarga kita seperti insurans melindungi harta benda kita ?
Masa Zara amik last year, masa promotion. Kalo amik masa tu, potongan ntuk Medical Insurance cuma RM 45 seumur hidup.. potongan secara bulanan dari akaun bank. Sikit2 lama2 jadik bukit. Bila ada insurans mcm ni, tak lah mganggu simpanan kita. Sekaligus, simpanan kita tu boleh lah di manfaatkn ntuk keperluan lain di masa hadapan.
Apa yang bakal berlaku di masa hadapan kita tak bleh jangka, tapi apa yng kita tahu, kos perubatan semakin hari semakin meningkat, bukan ? Medical insurans ni satu persediaan sekira nya kita kelak di dapati menghidap penyakit kritikal, lumpuh, meninggal dunia, atau kemalangan, Pihak Prudential akan sediakan pembiayaan kos sepanjang kita menerima rawatan tu.. So, kita tak perlu keluar duit. Kan elok macam tu.. tak mengganggu simpanan kita. Ataupun, kita telah meninggal dunia, wang Insurans yang kita amik tu akan di berikan kepada waris kita.. sekurg2 nya dapat membantu keluarga yang kita tinggalkn untuk menyara kehidupan anak-anak kita.
Panjang lebar plaa Zara Story.. hahha. Rasa mcm agen Prudential pulak ! =D tapi, xda la.. Zara cuma kongsikan pendapat Zara dan kenapa perlu kita amik Medical Insurans ni. Kita tak dapat jangka masa depan sebab tu perlu ntuk kita bsedia mhadapi pelbagai kemungkinan, kan ? =)
Sayang,
*mrshafiezy*


