Showing posts with label bercerai kerana BR1M. Show all posts
Showing posts with label bercerai kerana BR1M. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Bercerai kerana BR1M

Assalammualaikum..

Bercerai kerana BR1M ? FAKTA. Minggu lepas, seorang pakcik dalam lingkungan 50 - an datang ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri kemuka kan rayuan untuk mendapatkan BR1M tahun ni di sebabkan isteri pak cik ni pemegang pasport. Last year, pakcik ni menerima bantuan BR1M tsebut cuma tahun ni, pgurusan BR1M sgt ketat bbanding tahun lepas. So, bagi pmohonan yang gagal di cadangkan untuk kemuka rayuan tapi Staff LHDN sudah pun memaklumkan kpd pak cik ni, sekira nya suami/isteri pemegang passport, permohonan mmg akan di tolak.

Pakcik ni tak bpuas hati, So, kelmarin dia datang sekali lagi ke pejabat LHDN ni ntuk memohon BR1M tersebut. Tapi kali ni, pakcik ni bawa bukti dari Mahkamah Syariah bahawasa nya, beliau telah pon mceraikan isteri beliau yg mrupakan pemegang pasport ntuk mdapatkn BR1M tsebut. Korang bayangkan betapa tkejut nya staff LHDN kat kaunter tu bila dgr benda tuu .. 

Kejadian ni betol2 blaku di Pejabat LHDN cawangan kota kinabalu, dan perkara ni di cerita kan sdiri oleh abang ipar kpd hsbnd Zara yng bkerja sebagai kerani di bahagian pgurusan BR1M. korang dapt bayangkan tak ? kerana BR1M, sanggup bcerai ?? 

dengan selamba nya pakcik tu cakap kat staff LHDN bahagian pgurusan BR1M mcm ni :

"saya datang nak kemuka kn rayuan BR1M. minggu lepas kamu cakap, kalau bini atau laki pemegang pasport xbleh mohon, Ni surat dr mahkamah bukti pceraian saya dengan isteri yg mrupakn pemegang pasport. skang bole approve kn rayuan BR1M saya tu ?"

Tkesima sebentar staff LHDN yang berada kat kaunter masa tuu.. kemudian, abang ipar hsbnd Zara ni terangkan sbaik mungkin kpd pakcik ni, permohonan beliau ttp tidak akan lulus untuk tahun ni sebab kes ni baru bcerai bbrapa hari.. dorang takleh approved swenang2 ny even bawa bukti pceraian dari mahkamah sb mereka perlu dahulukan dulu penerima2 BR1M yng telah pass ntuk bahagian rayuan. Beliau akan dapat BR1M tsebut cuma dapat nya ntuk tahun depan, bukan tahun ini. 

then pakcik tu cakap "kamu cakap ari tuu kalo laki ATAU bini pegang passport xbleh dapat BR1M, skang saya sudah ceraikan pun, masih tak boleh approve ? myesal saya ceraikn bini saya awal2 kalo tahu tahun depan juga baru dapat ni BR1M. " terus pakcik tu blalu pergi.


* * * * * * * * * *  * * * * * *  * * * *  * * * * *  * * * * *  
Astaghfirullahalazim.. bercerai semata2 untuk dapatkn BR1M ?? di mana letak nya kesucian sebuah perkahwinan bila perkara mcm ni berlaku ? nilai sesebuah pkahwinan bharga rm600 ke ? Ya Allah.. untuk dapatkn BR1M, sanggup bcerai. Bila rayuan dah lulus, pergi rujuk balik, mcm tu ? 

Zara tak faham ngan mindset sesetengah orang yg bsikap mcm ni.. bila abng cerita kn perkara ni, Zara terus teringat ngan entry blogger Nurmujahidah @ muja --- > Jangan salahkan kami kalau kami salahkan kamu nanti

Sepatut nya umur2 mcm ni menunjukkan contoh yng baik kpd generasi muda.. ttpi ternyata tidak, maaf andai kata2 Zara sedikit kasar. Zara tujukn kpd sesetengah pihak yng memiliki mindset sebegini. Mungkin kerana itu lah wujud quote "age only a number". Umur tidak mbuktikan kematangan kita, Kematangan itu di ukur bdasarkan kperibadian kita. Sekian. 




sayang,
*mrshafiezy*
 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012