Isnin lepas kakak zara mengalami keguguran. Kandungan dia baru berusia sebulan 2 minggu.. zara rasa sedih juga ntuk dia tapi zara tau.. rasa sedih dia lagi banyak even dia tak cakap. Dia taknak cakap kat zara..takpa.. zara faham dia perlukan masa dan zara tau pasti nnti dia akan mengadu kat mak. hehe.. Kelmarin zara call ngan whatsapp tanya khabar.. daa nampak ceria sket dr cara dia bkomunikasi. alhamdulillah.. *daa mengadu ngan mak laa tuu.. hoho.
Penting ntuk kita bkongsi perasaan terutama lagi masa kesedihan melanda diri.. jan simpan dalam hati sebb kita bukan sorang2 dalam dunia ni.. cari orang yang bsesuaian. Paling penting, cari orang yang dekat ngan diri kita spya kita selesa bkongsi masalah.. orang paling dekat di hati zara ngan adik beradik lain adlah mak.. walau zara dah kawen, mak juga tempat zara mengadu. tapi bukan lah mengadu perihal yang terlalu peribadi. Bkongsi ni ada jugak batas nya.. hikhik. Mak zara pandai mberi nasihat terutama pasal rumahtangga sbb tu kalo ada masalah zara pilih ntuk minta pendapat mak.. mak kan otai, paling terer bab umah tangga ni.. hikhik. love u mum !
Pagi tadi, mak mentua zara pula maklumkn kakak ipar zara di sahkan mengandung 4 minggu. *kakak kandung kpd suami zara* alhamdulillah.. di sebalik berita sedih, muncul berita gembira. alhamdulillah.. zara tumpang gembiraa. hikhik.. bila agak nya turn zara ni ek.. huhu.
Sayanng,
*mrshafiezy*


