Sunday, September 8, 2013

Masuk Bengkel

Assalammualaikum..

Nasi goreng ikan bilis siap terhidang bersama telur dadar dan air teh sebagai sarapan pagi ni. Aku jangka kan selepas sarapan, bersiap untuk hantar kenari ke bengkel. Dah masuk seminggu kenari tu tersadai di garaj. Ketiadaan kereta umpama aku tempang sebelah kaki !


Mendukacitakan.. apa yang aku tengok tak seperti yang aku jangka kan. Pembantu-pembantu aku masih tersadai tidur ! argghhh ! Dah jam10 ni..masih terbungkang lagi dalam selimut adik-adik aku ni. Ni maksud nya, lambat lah ke bengkel. 


Masuk bengkel pun kena tunggu seminggu baru siap.. mungkin spring patah, atau absorber. Aku pun tak pasti.. Yang pasti, mounting kena tukar sebab bau dah naik. Bila mounting kena tukar, kaum kerabat yang berkaitan pun kena tukar juga. Hampir 1k juga aku habiskan untuk baiki kenari tu. Nasib baik lah abang bengkel tu boleh di percayai sebab apa pun masalah berkaitan kenari tu, aku memang akan pergi jumpa abang tu. *Bukan aku yang berurusan tapi adik aku. So, bila dia sebut harga untuk baikpulih, aku memang tak was-was dengan dia. 



Sayang,

*Zara*







No comments:

Post a Comment

 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012