Assalammualaikum..
Keluarga.. satu ungkapan mudah, bukan ? Jujur zara taipkan di sini..
dulu.. bagi zara keluarga itu cuma pandangan remeh. Ada mereka.. adalah, kalau tiada pun, entah zara peduli atau tidak.. zara cuma pandang sebelah mata pada kedua orang tua zara..
Itu masa zara belasan tahun dahulu..
Tapi kini.. zara selalu ingin bersama mereka.. Hati zara meronta-ronta mahu bersama mereka. Sedangkan sekarang zara tak lagi sebumbung dengan mereka. Kenapa baru kini zara ingin rasa di belai oleh tangan mereka ? kenapa tidak dulu ?? kenapa kini bila zara sudah bertukar tanggungjawab baru zara terasa zara mengabaikan mereka ??
terasa sangat zara mensia-siakan masa zara dulu bersama mereka.. Tiap kali balik ke rumah babah, zara salami penuh sayang telapak tangan itu.. ternyata, tangan itu mula menunjukkan bukti masa yang mencemburui setiap manusia.. tangan babah nampaknya mula ada kerutan.. begitu juga tangan mummy.. tetapi masih tetap lembut untuk zara salami.. begitu lah mereka.. mulaa di mamah usia tapi tak pernah mengeluh dengan keadaan itu.. kerana sedar, masa mereka memang akan tiba untuk hadapi usia sebegitu..
Mummy.. Babah..
Seperti ingin zara dakap mummy dan babah , ingin zara peluk seerat-erat nya supaya mummy dan babah tahu.. zara amat menyesal dengan segala perbuatan zara yang melukai hati tua mu.. zara sangat menyayangi kamu.. zara sedar, zara bukan anak yang baik untuk di banggakan.. zara tak punya pekerjaan seperti yang babah harapkan, zara tak punya jati diri seperti yang mummy harapkan.. zara minta maaf mummy, babah.. :(
Sayang,
*Zara*
Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
7 months ago
No comments:
Post a Comment