Tuesday, July 8, 2014

Amalan Ibu Mengandung

Assalamualaikum
Amalan amalan ibu mengandung ini dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah 

Amalan Ibu Mengadung

~ Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengadung bagi mengelak anak yang ganas dan panas baran.
~ Bersedekah bagi melahirkan anak yang jiwanya lembut
~ Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
~ Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yang mudah mendapat hidayah dan petunjuk
~ Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT
~ Banyak berdoa kepada Allah SWT
~ Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So, si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat isnin dan khamis
~ Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat
~ Banyakkan zikir kepada Allah SWT. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya.
~ Banyakkan membaca al-Quran.
~ Surah Amalan Ibu Ketika Mengandung
~ Banyakkan membaca buku-buku ilmiah contohnya kisah-kisah para anbia, para sahabat dan lain-lain
~ Berbual dengan anak yang masih dalam kandungan sambil mengusap perut si ibu.
~ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain-lain bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Dan si suami mestilah membantu si isteri melakukan kerja-kerja rumah itu
~ Tidak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yang membesar tetapi seronoklah melihat anak anda yang sedang membesar. Oleh itu, si suami kena sentiasa bersama isteri jika isteri penat, pening atau sakit.
~ Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
~ Makan makanan yang baik.
~ Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
~ Rajin mengukirkan senyuman
~ Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Doa Semasa Mengandung

Surah Amalan Ketika Mengandung

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung 

- Elak mengidam makanan yang pelik dan buruk 
- Elak makan dan minum yang haram 
- Elak makan makanan yang berbisa contohnya pari, ikan sembilan, nenas, tapai dan lain-lain. 
- Si suami mesti elakkan daripada melakukan perkara yang dapat menyedihkan si isteri 
- Elak penampilan yang tidak menarik dihadapan si suami 
- Jauhi maksiat 
- Jauhi pertuturan yang negatif atau tidak baik Jauhi amalan khurafat 

Moga Bermanfaat !!!


5 comments:

 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012