Tuesday, July 15, 2014

Salam Nuzul Al Quran

Assalamualaikum 

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1435H

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


5 comments:

  1. Salam nuzul Quran juga buat Akif Imtiyaz, bersama hayati dan fahami isi Al Quran..

    ReplyDelete
  2. Pagi td je sempat usha quran. Tghari dan ptg tak sempat langsung. :( keluar dgn urusan keje.

    ReplyDelete
  3. baru sempat singgah cen semalm blackout balik awal ekeke..salam nuzul Al-Quran zara

    ReplyDelete
  4. mukjizat terbesar untuk kita orang Islam

    ReplyDelete

 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012