Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Friday, March 14, 2014

Pemberian kecil

Assalammualaikum..
Mati itu pasti.. Zara tahu, dan semua pun tahu kan ? Sekira nya Zara di beri peluang untuk menunaikan hasrat sebelum ajal tiba, Zara nak hadiahkn cahaya mata buat suami Zara.. dan Zara harap pemberian kecil Zara ni dapat ditunaikan sebelum Zara pergi.. =')

Hari ni Zara bpeluang untuk menghirup udara segar ni, masih bpluang untuk menjalankan tugas sebagai isteri kepada suami Zara dan anak kepada kedua ibu bapa Zara. Nampak nya Allah swt masih meminjamkan waktu untuk Zara terus mengumpul bekalan sebelum menemui Dia =')
Merepek ? tak lah.. Zara tak kata Zara dah cukup beriman untuk menghadap Illahi. Mati itu pasti, Zara bimbang apakah bekalan yang di bawa nanti mencukupi ? bagi Zara, memang xmencukupi.. Zara tak tahu cara kematian Zara bagaimana nanti, mungkin ari ni atau esok.. itu rahsia Allah swt. =')
Jangan sesekali psoalkn kerja Allah swt tapi psoalkn lah pada diri sendiri, bagaimana amalan kita pada hari ini. Setiap hari ynag kita lalui, semakin dekat dengan kematian.. hargai masa sebaik nya dengan keluarga anda dan isi masa itu dengan amalan yng membawa kita ke jalan yang di redhai Allah swt =')
Perasaan takut ini fitrah sebagaimana perasaan takut untuk gagal dalam interview, exam, mendorong kita untuk bersungguh2 mlakukan kerjaya agar mbuahkan hasil yang kita harapkan. Pendek kata, perasaan takut ini perlu untuk kelangsungan hidup individu. tetapi, jangan blebih2an, oke. =')
Alhamdulillah.. its friday ! semoga hari ini lebih baik dari semalam. Luangkan 15 minit untuk mgerjakan ibadah kepada Allah swt.. mana  lah tau kerana 15 minit itu akan mbantu kita di akhirat kelak kan ? Salam Jumaat. =')


sayang,
*mrshafiezy*

Friday, January 24, 2014

Ribut besar di jangka melanda Sabah

Assalammualaikum..

Semalam heboh kat whatsapp zara pasal jangkaan negeri Sabah ni yang akan di landa ribut besar menjelang esok subuh hari sabtu *25 Januari 2014*. Sumber dari beberapa individu yang di percayai mempunyai keilmuan tinggi dan merupakan orang lama atau otai dalam ilmu persilatan, berkebolehan untuk memperolehi visi/mimpi untuk bencana yang bakal melanda. Malam ni zara di maklumkan beberapa individu terbabit akan melakukan kenduri doa selamat atau istilah lain doa tolak bala bencana. Di nyatakan juga bahawa hanya dua kawasan di Sabah yang selamat iaitu Tambunan dan Ranau yang mrupakan kawasan tinggi.

Zara taip nak explain ni pon macam taip berita pulak daa.. hihi. Bila zara baca pbualan macam ni.. terlintas di hati zara secara automatik nya :

"Mati itu pasti.. kita lari pegi mana pun, kalo Allah dah tulis kematian kita hari ni atau esok lusa.. tetap jugak akan kembali pada Dia.. cuma cara kematian tu kita tak tau macamnaa, sama ada mati kerana penyakit, kemalangan, bencana alam atau pon lain2. aku tak kesah cara kematian aku bagaimana nnti..aku mmg takut menghadapi mati tapi sekurang2 nya aku tak mau mati dalam keadaan tak beriman.."

Itu lah dalam fikiran zara masa baca perbualan dorang kan whatsapp tu.. bila kita receive sesuatu berita lebih2 lagi berita macam ni.. jan trus percaya tapi muhasabah diri dan tenangkan fikiran. Adakah kita berupaya mengelakkan kematian ? kalau kita boleh mengelakkan kematian, pasti teda istilah kematian, bukan ? 

Kadang2, ada baik nya juga berita sebegini sekurang2 nya mengingatkan kita ntuk chek iman kita ntuk menghadapi Dia.. mengingatkan kita bhawa setiap yang hidup itu pasti akan menghadapi kematian. So, bagaimana iman kita ari ni, sehat tak ? =)




Maksudnya:

193: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami,dan matilah kami bersama orang-orang yang berbakti;

194: "Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan jangalah Engkau hinakan kami pada hari Kiamat kelak; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".



Sayang,
*mrshafiezy*



 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012