Showing posts with label ribut taufan. Show all posts
Showing posts with label ribut taufan. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Ribut besar di jangka melanda Sabah

Assalammualaikum..

Semalam heboh kat whatsapp zara pasal jangkaan negeri Sabah ni yang akan di landa ribut besar menjelang esok subuh hari sabtu *25 Januari 2014*. Sumber dari beberapa individu yang di percayai mempunyai keilmuan tinggi dan merupakan orang lama atau otai dalam ilmu persilatan, berkebolehan untuk memperolehi visi/mimpi untuk bencana yang bakal melanda. Malam ni zara di maklumkan beberapa individu terbabit akan melakukan kenduri doa selamat atau istilah lain doa tolak bala bencana. Di nyatakan juga bahawa hanya dua kawasan di Sabah yang selamat iaitu Tambunan dan Ranau yang mrupakan kawasan tinggi.

Zara taip nak explain ni pon macam taip berita pulak daa.. hihi. Bila zara baca pbualan macam ni.. terlintas di hati zara secara automatik nya :

"Mati itu pasti.. kita lari pegi mana pun, kalo Allah dah tulis kematian kita hari ni atau esok lusa.. tetap jugak akan kembali pada Dia.. cuma cara kematian tu kita tak tau macamnaa, sama ada mati kerana penyakit, kemalangan, bencana alam atau pon lain2. aku tak kesah cara kematian aku bagaimana nnti..aku mmg takut menghadapi mati tapi sekurang2 nya aku tak mau mati dalam keadaan tak beriman.."

Itu lah dalam fikiran zara masa baca perbualan dorang kan whatsapp tu.. bila kita receive sesuatu berita lebih2 lagi berita macam ni.. jan trus percaya tapi muhasabah diri dan tenangkan fikiran. Adakah kita berupaya mengelakkan kematian ? kalau kita boleh mengelakkan kematian, pasti teda istilah kematian, bukan ? 

Kadang2, ada baik nya juga berita sebegini sekurang2 nya mengingatkan kita ntuk chek iman kita ntuk menghadapi Dia.. mengingatkan kita bhawa setiap yang hidup itu pasti akan menghadapi kematian. So, bagaimana iman kita ari ni, sehat tak ? =)




Maksudnya:

193: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami,dan matilah kami bersama orang-orang yang berbakti;

194: "Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan jangalah Engkau hinakan kami pada hari Kiamat kelak; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".



Sayang,
*mrshafiezy*



 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012