Monday, June 30, 2014

Renungan Petang Isnin

Assalamualaikum ....
Daripada Buraidah Aslamiy r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Barangsiapa membaca al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya akan dipakaikan pada hari Kiamat dengan sebuah mahkota yang diperbuat daripada Nur. Cahayanya seperti cahaya matahari. 
Kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua helai pakaian yang tidak ada tandingannya di dunia ini. Kedua ibu bapanya akan bertanya kenapakah mereka dipakaikan dengan pakaian yang seumpama ini? Akan dijawab, 'Ini kerana kamu mengajar anak kamu membaca Al-Quran'."
Hadis Riwayat Hakim .

RAMADHAN Day

Assalammualaikum..

awak.. haaa ?? awak laa yg tengah baca ni, Selamat Berpuasa tau ! =D Allahuakhbar, daa masuk hari ke-2 puasa ni baru nak ucap kat korang.. Maaf, sedikit sibuk ngan hal keluarga. =) Setakat ni, korang daa pergi Bazaar Ramadhan tak ?? Zara blom lagi, prefer buat juadah bbuka sdiri kat ruma. Majikan tempat kerja pon bagi kelonggaran ntuk staff Muslim balek keja jam 4.30 petang sempena bulan puasa ni, alhamdulillah.. =D

Misi Ramadhan ? 
  • setiap arii kena lah isi masa dengan aktiviti yang bfaedah seperti ari2 yg kita lalui masa bulan2 biasa tuu.. Puasa bukan alasan ntuk mhalang diri kita dari lakukan aktiviti tau ! =D
  • Jangan membazir skira nya korang mbeli kat luar nuun.. jangan laa beli kuih muih tu mcm hidangan ntuk 5-6 orang sedangkan cuma bdua kat rumaa.. =) bulan puasa ni mdidik kita ntuk lebih disiplin bukan ntuk lebih mboros kan duit tuuu.. =D
  • Masa bberbuka tu jangan makan melantak sangat tau.. kesian kat perut tuu, smua jenis makann main kaut masuk dalam pinggan, semua pon nak makan.. tu nama ny ikut nafsu diri.. amik banyak2 bukan dapat abiskan pon.. =) makan ikut keperluan tubuh badan, bukan makan ikut nafsu.. =)
  • Perbanyakkan amalan kepada Allah swt.. insyallah.. jom2 ! jom rebut mencari keredhaaan dan pahala dari Allah swt =') 


Salam Ramadhan 2014 dari Zara & suami serta keluarga =D semoga apa jua yang kita lakukan setiap hari dan rezeki yang kita perolehi sentiasa dalam redha Allah swt.. amin ya rabbal amin.. =)


1st Day of Ramadhan

2nd Day of Ramadhan

sayang,
*mrshafiezy*

Wednesday, June 25, 2014

The CupCakes

Assalammualaikum..

wahai cup cakes, awak tahu tak awak tlaluu comel untuk di makan ?? aipssss ! geram pulak tgk collection & design cup cakes ni ! =D
















Comel dan kreatif kan ??? Fuhhhh.. kalo bleh simpan, Zara simpan jaa. taknak makan.. miahahha.. pelbagai lagi design yg bleh korang tgk. Zara kena bawa jalan2 tadi oleh Uncle & Auntie Google tuu.. kat sana laa Zara cuci mata tgk design2 cupcake yg super dupper owsem ni ! =D

sayang,
*mrshafiezy*

Monday, June 23, 2014

Oat Krunch

Assalammualaikum..
Jom sarapan bsama Oat Krunchh ! =) bagi Zara yang jenis payah nak turun ke gerai bawah ntuk mbeli bfast mmg perlukan sarapan express tapi btenaga. Alhamdulillah.. Oat Krunch pilihan Zara sbb rasa yang seimbang iaitu tak manis dan tak tawar =D
Oat Krunch kaya dengan kalsium dan zat besi, yang mana membantu pertumbuhan tulang dan sel, selain bebas dari sebarang pemanis atau pengawet tiruan. 
Korang tahu tak ?? Oat Krunch ni 100% dibakar dengan oven, kandungan karbohidrat utama Oat Krunch ini masih lagi tepung gandum biasa (refined carbohydrate atau karbohidrat ringkas), di samping tepung gandum penuh dan kepingan oat. Ini membuatkan snek/biskut ini tinggi serat berbanding biskut-biskut yang lain (mengandungi 2g serat untuk satu hidangan/satu pek/3 keping). Satu hidangan Oat krunch ini juga mengandungi kira-kira 2 sudu teh gula, dan angka ini tidaklah terlalu membahayakan jika di ambil satu pek sehari.
Menarik kan ?? waahhhh.. Zara suka makan Oat Krunch ni ngan susu soya yang Mak ngan Mama buatkan ntuk Zara.. meheheehe.. Mak ngan Mama buatkan oke,, sila jeless.. miahaha. LOve them both ! =D

Jom bsama Zara, amalkan Oat Krunch ! selamat bsarapan korang =D

Soya air tangan Mak & Mama memang sedap ! =D

Stok kat Office =D


sayang,
*mrshafiezy*

Saturday, June 21, 2014

Tahi bintang

Assalammualaikum..



Hahahahahaha.. seriusss lawak =D moral of the stories ? nak hidup senang, jangan malas berusaha.. nak hidup sentiasa di limpahi rezeki dari Allah swt, jangan malas ntuk bsyukur =')

sayang,
*mrshafiezy*

Friday, June 20, 2014

Fakta Menarik Hari Jumaat #5 : 5 Perkara

Assalammualaikum..

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda (maksudnya): “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah swt daripada hari raya Aidilfitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:

1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan Nabi Adam dari syurga.
3. Pada hari itu juga, Nabi Adam wafat.

4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah swt m
elainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.






sayang,
*mrshafiezy*

Thursday, June 19, 2014

Rahsia serbuk penaik Soda Bikarbonate

Assalammualaikum..

Tau tak baking powder atau nama glemer, serbuk penaik tu ? Haaa.. yg slalu mak pakai buat kek tuu laa.. TAPI serbuk penaik ni tdiri dari dua jenis tauu. Satu adalah Baking powder/serbuk penaik biasa manakala satu lagi ialah Baking Soda bikarbonate. 

Umum tahu baking powder ni di gunakan untuk kek atau kuih muih tapi selain tu, rahsia di sebalik serbuk penaik ni yang mungkin belum korang tau terutama nya soda bikarbonate bukan hanya jadikn kek kelihatan gebu.. malah kulit muka juga boleh jadi licin, gebu, berseri tanpa jerawat dengan baking soda nih. Mudah sangat nak hilangkan jerawat ngan cara nih, cuma campurkan baking soda ngan sedikit air dan sapu ke bahagian yang tumbuh jerawat tadi. Waallaaaa ! hasil ny ?? supper dupper mmuaskan hatii ! tapi Zara xperna try lagi, ni pon baru baca dari yahoo.. apa lagi, jom try ! hoho =D





sayang,
*mrshafiezy*

Wednesday, June 18, 2014

June Giveaway oleh Ma

Assalamualaikum w.b.t
*********************************

Tekan Banner Diatas Untuk Menyertai

Ditaja oleh :


Senarai Hadiah :
Double Stemcell RM 250 | TOPUP RM65 | Perla Coffee Rm35++ | 1 Set Tupperware Rm63 | Penanda Buku | Frame | Wallet | Mac Eye Liner

JOM SERTAI SEKARANG 

Pemenang dipilih berdasarkan
-Top Refferal  
-Tag rakan plg byk 
-Random


Friday, June 13, 2014

Fakta Menarik Hari Jumaat #4 : Meninggal Dunia

Assalammualaikum..

Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” 
(HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
Fitnah kubur ialah kesulitan atau kesukaran menjawab soalan dua malaikat dalam kubur iaitu Malaikat Munkar dan Malaikat Nakir.

Insyallah, amalkan bersama Surah Al-Mulk setiap malam, Allah swt akan mhalangi nya dari azab kubur (HR Nasai dan Al-Hakim) 




sayang,
*mrshafiezy*

Wednesday, June 11, 2014

Redha atau Pasrah

Assalammualaikum..

" adakah aku redha atau pun pasrah ? " redha itu bila mana hati kita menerima dgn rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dgn apa yg di tentukan oleh Allah swt kpd kita. Pendek kata, sifat redha ini mrupakn sifat makrifah dan marhabah kita kpd Allah swt untuk mdekatkan lagi diri kita kepada Dia. 

Mengucapkan syukur apabila menerima kenikmatan dan sabar ketika di timpa musibah. Allahuakhbar.. =') awak tau tak ? bsifat redha ni boleh mendidik sikap optimistime dalam diri kita.

Pasrah ? makna antara redha dan pasrah sedikit jauh. Pasrah ni bila kita menerima kenyataan tanpa ada usaha untuk mgubah nya.. yakin la pada janji Allah swt. Mengapa Allah swt turunkan dugaan pada kita ? sbb Allah swt tahu kemapuan kita untuk menghadapi setiap cabaran hidup yg telah tertulis. Insyallah dan pasti ny kerana Allah swt myayangi kita.. =')

antara redha & pasrah, hati kita berada di mana ? tepuk dada tanya iman. insyallah, pilih lah untuk redha =)


sayang,
*mrshafiezy*

Tuesday, June 10, 2014

Review EPHYRA 2#

Assalammualaikum..
korang ada follow entry Zara tak sebelum ni mengenai review Ephyra 1# ? Allahuakhbar.. hampir 4 bulan baru keluar review ke -2 dr Zara .. Maaf sangat ! kebanyakan entry Zara adalah autopublish di sebabkan komitmen Zara & husbnd ngan percutian ke Kundasang dan Sarawak baru2 ni.. bab percutian, mmg kena ada rancangan rapi. Lagi2 bila bekerja, tu pun jadi satuu hal.. hahaha.. sampai Zara dah lupa nak buat sambungan review Ephyra ni..

Seperti yang Zara maklumkan kat entry review sblm ni, Ephyra ni Zara start guna pada 10 Mac 2014 dan hasil pertama dah nampak bila masuk minggu ke-2 iaitu ari ke - 10. Kemudian, Zara terus amalkan untuk perolehi wajah yang sedikit flawless.. hoho. 

Penggunaan, kotak kedua Ephyra bmula pada 10 April 2014. Zara try pula nak guna kan 2 sachet sehari untuk dapatkan result yg cepat.. hahaha. bukan nak gelojoh, tapi nak try. Zara taknak tlalu bgantung pada bedak asas atau BB Cream, sb tu try Ephyra ntuk dapatkan wajah yg flawless secara natural.. aceceh ! =D So, sini Zara selitkan picture sebelum gunakan 2 sachet seharri produk Ephyra.

Sebelum mengamalkan 2 sachet Ephyra sehari (tanpa sebarang make-up)
1 kotak Ephyra mengandungi 30 sachet iaitu 1 sachet ntuk sehari tapi Zara gandakan penggunaan bmaksud 2 sachet sehari, maksud ny 1 kotak tu btahan ntuk 15 harii laa sekira nya kita amik 2 sachet sehari. So.. eksperimen pon bmula ! =D 

Dan hasil nya ???

*
*
*
*
*
*
SELEPAS 15 hari penggunaan Ephyra (kotak kedua *2 sachet x 15 hari)


Tanpa BB Cream

Tanpa bedak asas

Alhamdulillah.. walaupun xlaa flawless sgt tapi perubahan itu ada. Zara dah amalkan, korang bila lagi ?? tak perlu bselindung lagi menggunakan mekap.. =D perubahan masing2 bgantung juga pada tubuh badan kita sbnr nya, ada yg cepat dan ada juga perolehi hasil yg lambat tapi korang jan putus asa, Ephyra takkan mgecewakan korang.. insyallah =D

jom hubungi agen bdaftar Epyhra ---- > hubungi/whatsapp Puan Mas : 019 7065541


sayang,
*mrshafiezy*

Monday, June 9, 2014

Akad Nikah

Assalammualaikum..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Aku terima nikah Siti Zara Nurhaidah bt Abd Hamid dengan mas kahwinnya RM..”


BERMAKSUD :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku” Q — di Bumi Allah..


Perkahwinan sesuatu yang amat manis dalam kehidupan kita, lagi manis bila ia nya di iringi dengan persedian yang cukup dari aspek tanggungjawab khususnya. Tahniah atas pernikahan korang ataupun korang yang tengah nak prepare ntuk majlis pernikahan yang akan datang,, insyallah, semoga pernikahan dan rumah tangga kita semua dalam rahmat dan lindungan Allah swt.. amin amin ya rabbal amin.. =')

kepada yang belum temui seseorg untuk diri anda, jangan sedih tau.. Allah swt tau apa yang terbaik untuk korang.. sabar tauu.. insyallah.. bila tiba masa yg ssuai, kelak akan hadir seseorg dalam hidup korang .. amin ya rabbal amin.. =')



sayang,
*mrshafiezy*


Friday, June 6, 2014

Fakta Menarik Hari Jumaat #3 : Melihat Allah swt

Assalammualaikum..
tahu kah awak ? pada setiap hari Jumaat, merupakan hari yang di nantikan oleh ahli2 syurga ?? Allah swt memberi mereka kemampuan dan kekuatan untuk melihat Zat-Nya. Dapat melihat Zat Allah ini adalah nikmat ahli syurga yang paling besar. Dalil yang membenarkan bahawa ahli syurga akan dapat melihat Zat Allah adalah firman-Nya dalam Al-Quran, maksudnya : "Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat,” (Surah Al-Qiyamah ayat 23-24).

"Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yng tidak terlintas di hati mereka)
(surah Al- Jumuuah 50;ayat  35)
"Mengulas ayat di atas, seorang sahabat Anas bin Malik mengatakan Allah swt menampakkan Zat - Nya kepada mereka setiap hari Jumaat"

Allahuakhbar.. =') beruntung nya ahli2 syurgaa.. semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah swt.. insyallah. amin ya rabbala min.. 



sayang,
*mrshafiezy* 

 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012