Showing posts with label sejarah hari jumaat. Show all posts
Showing posts with label sejarah hari jumaat. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Fakta Menarik Hari Jumaat #5 : 5 Perkara

Assalammualaikum..

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda (maksudnya): “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah swt daripada hari raya Aidilfitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:

1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan Nabi Adam dari syurga.
3. Pada hari itu juga, Nabi Adam wafat.

4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah swt m
elainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.






sayang,
*mrshafiezy*

Friday, June 13, 2014

Fakta Menarik Hari Jumaat #4 : Meninggal Dunia

Assalammualaikum..

Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” 
(HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
Fitnah kubur ialah kesulitan atau kesukaran menjawab soalan dua malaikat dalam kubur iaitu Malaikat Munkar dan Malaikat Nakir.

Insyallah, amalkan bersama Surah Al-Mulk setiap malam, Allah swt akan mhalangi nya dari azab kubur (HR Nasai dan Al-Hakim) 




sayang,
*mrshafiezy*

Friday, June 6, 2014

Fakta Menarik Hari Jumaat #3 : Melihat Allah swt

Assalammualaikum..
tahu kah awak ? pada setiap hari Jumaat, merupakan hari yang di nantikan oleh ahli2 syurga ?? Allah swt memberi mereka kemampuan dan kekuatan untuk melihat Zat-Nya. Dapat melihat Zat Allah ini adalah nikmat ahli syurga yang paling besar. Dalil yang membenarkan bahawa ahli syurga akan dapat melihat Zat Allah adalah firman-Nya dalam Al-Quran, maksudnya : "Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat,” (Surah Al-Qiyamah ayat 23-24).

"Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yng tidak terlintas di hati mereka)
(surah Al- Jumuuah 50;ayat  35)
"Mengulas ayat di atas, seorang sahabat Anas bin Malik mengatakan Allah swt menampakkan Zat - Nya kepada mereka setiap hari Jumaat"

Allahuakhbar.. =') beruntung nya ahli2 syurgaa.. semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah swt.. insyallah. amin ya rabbala min.. 



sayang,
*mrshafiezy* 

Friday, May 23, 2014

Fakta Menarik Hari Jumaat #2 : Menunggu di Pintu Masjid

Assalammualaikum..
tahu kah korang ? Pada hari Jumaat, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjiddan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Subhanallah.. =') wahai Adam, korang di nanti para malaikat di setiap masjid.. jan ponteng solat Jumaat tau ! jom Hawa, remind kan kpd kawan2 adam awak, abang2 kita, adik2 lelaki kita, dan sewaktu dengan nya.. =) insyallah..


sayang,
*mrshafiezy*

Friday, May 16, 2014

Fakta Menarik Hari Jumaat #1 : 7 Pernikahan

Assalammualaikum..

Fakta menarik mengenai penghulu segala hari iaitu Jumaat yang mungkin korang taktau, Zara akan share arii ni untuk pengetahuan kita bersama. Memang menarik tau ! =D


sebahagian para ulama' mengatakan telah terjadi 7 pernikahan antara para Nabi dan antara aulia' pada hari Jumaat, iaitu



1.Pernikahan antara Nabi Adam dengan Siti Hawa


2.Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha


3.Pernikahan antara Nabi Musa dengan Shafrawa


4.Pernikahan antara Nabi Sulaiman dengan Puteri Balqis


5.Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah


6.Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah


7.Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah 



Hari Jumaat ssuai utk mlangsungkan perkahwinan, bahawasa nya telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a berkata : Rasulullah s.a.w di tanya orang tentang hari Jumaat maka 

baginda s.a.w mjawab : Hari Jumaat adalah hari Sillaturrahim dan juga pernikahan. Kemudian sahabat btanya lagi : Mengapa demikian Ya Rasulullah s.a.w ? Rasulullah s.a.w pun mjawab : kerana para Nabi pada masa lalu mlaksanakan pernikahan pada hari tersebut.

Jadi secara ringkas nya, jika kita ingin mengadakan Walimatulurus, boleh lah dilakukan pada hari-hari yang lain seperti musim cuti sekolah atau hujung minggu ataupun hari2 yg di rasakan sesuai untuk mengadakan nya. Manakala bagi majlis pernikahan, usahakan lah agar di lakukan pada hari Jumaat kerana banyak kebaikan ny. insyallah.. =)





sayang,
*mrshafiezy*


 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012