Friday, May 9, 2014

STPM 2009

Assalammualaikum..

Zara amik STPM tahun 2009, maksud nya start masuk form6 pertengahan tahun 2008. Form6 dulu tak sama ngan skang, skang dah start pakai sem.  tapi yg pasti, masih sama form6 dulu ngan form6 skang adalah buku tebal2 ! mungkin btambah tebal  ? am i right ? muahaha..

Zara bukan jenis pelajar yg rajin dok library, bukan jenis pelajar pintar. seriously, Zara jenis yg suka bermain. But Zara tekad masuk form6 sb nak cabar diri dan sahut cabaran guru2 serta cabaran mak dan babah. Subjek yang Zara amik masa form6 dulu geografi, bahasa melayu, kesusasteraan melayu, ekonomi, sejarah dan Muet.

My mak dan babah, cabar Zara amik form 6 dulu, Zara accept ngan syarat.. this is my last study.. Zara taknak masuk Universiti sb nak bkerja.  Babah cakap, kalo Zara lulus cemerlang.. babah bagi Zara bekerja, takpayah sambung study. ok, deal ! muahaha.

Percaya atau tak, sepanjang ujian atau trial exam STPM kat skolah.. Zara xperna pass. paling tinggi perna dapat cuma 2.00 PNGK. tepat2 pointer lulus.. pergghh ! O.O dan Zara rasa masa tu ?? "chill Zara, its nothing laaa" haha
Tapi sbnr nya jauh di lubuk hati.. "mampos laa aku kalo tak pass real exam ni !!!!"

Bab MUET lagi ?? fuh ! jan cakap laa.. bbelit2 lidah Zara nak speaking ! masa test mesti dapat BAND 2.. tak pernah achieve BAND 3 > phewwww .. dahsyat. ~.~ kadang2 rasa down, dan perasaan tu makin kerap datang bila tarikh exam sebenar STPM dah nak dekat. tapi masih nak chill lagi, tapi hati rasa mcm daa nak tcabut ! So, tips Zara amalkn masa study ?? .

Bila masuk dewan peperiksaan ntuk exam sebenar STPM 2009, rasa kosong, mcm takda bawa ilmu di dada sbb perasaan gemuruh tu mguasai diri.. Fuhh ! 
Tapi bila ingat pengorbanan mak dan babah serta guru2, rasa mcm ada kekuatan..kekuatan yg Zara perlukan untuk buatkan mereka bangga. =') itu lah nama nya "AZAM"
Tak kisah laa form6 atau bila masuk Universiti, apa yang perlu kita pegang adalah azam. Kalo azam korang kuat, korang akan tough untuk jalani apa pun dugaan sepanjang study. Believe me.. xakan wujud istilah "SUSAH nya FORM6" bila kita pegang pada azam. =')


Nampk tak Zara mana satuu kat picture atass tu ? muahahaha.. keputusan ?? alhamdulillah.. pointer 3.38. Muet : Band 3,tak sangka.. fuhh.. lega. keputusan ni bagi pencapaian peribadi Zara sdiri dah kira mberangsangkan.. tak sangka.. =') syukur ke hadrat Illahi, Love u mak, babah ! terima kasih guru2.. =') 

sayang,
*mrshafiezy*

17 comments:

  1. Mengimbas kenangan zaman persekolahan nie.. dpt 3 pointer n above kira mmg hebat sangat tu zara.. tahniah walaupun dah lama kan.. >_<

    ReplyDelete
  2. Wah HEBAT jugak la Zarra masa STPM ..Kak Lya tak ambik STPM ambik SPM jer sekolah menengah pastu terus sambung blajar ..

    ReplyDelete
  3. naniey stpm 2006... best kan belajar stpm... cikgu layan kita macam kawan2...

    ReplyDelete
  4. wahh ! kita geng stpm..hehe..syira sistem baru :) form 6 best cgt kann

    ReplyDelete
  5. lya tak ada ambik stpm..bukan tak maw ambik sbb malas haha..trus sambung gi ipt :)

    ReplyDelete
  6. masuk form 6 seminggu je...lepas tu keluar...

    ReplyDelete
  7. ena tahun 2009 tu baru nak ambil SPM.. hehehe apapun, setiap orang ada haluannya masing masingkan.. rajin usaha, insyaAllah ada hasilnya tak kira dimana juga berada

    ReplyDelete
  8. aah exam stpm lebih susah. lebih terperinci. kat kampus pembahagian markah byk peringkat, assignment, mid term, final projek. even sukar la jugak nak hadam buku tebal2 dlm bi. tp rasanya stpm lbh mencabar

    ReplyDelete
  9. Owh... Sy dh tahun kedua di univesiti... Form Six thun 2006.., msuk form six sbb mak bapak sy nk sgt sy jadi ckgu... Alhamdulillah.. Dpt juga penuhi impian ibu ayah... Walaupun awalnya tak minat..tpi bila dh kerja ..minat yu tmbul sndiri...

    ReplyDelete
  10. wau..hebatnye..tahniah...azam kena kuat kalau nak berjaya kn.

    ReplyDelete
  11. tak pernah ada pengalaman amek stpm sbb terus diploma, apepun result zara bagus! congrats! eh tak dapat nak teka la mana satu zara

    ReplyDelete
  12. kak zara yg tengah tu kann?? hehe.. azam yang kuat mesti boleh berjaya.. :)

    ReplyDelete
  13. woooowww...hebakkkkk..hebakkkk...
    terbaik lah zara...

    ReplyDelete
  14. tak ambik stpm, lepas spm masuk matrikulasi sebab mmg tu targetnya. hehe.
    Tapi betul lah, kalau kita dah berazam dan tekad nak berjaya.. susah mana pun mesti boleh buat jugak. :)

    ReplyDelete
  15. cakap pasal muet, my U tgh ribut pasal muet.. wuhuu... daebak la kak zara punya result :D

    ReplyDelete
  16. Perghh..tak terlawan dek kitalah kak zara.. Azwar STPM pun tak pernah dapat poiter tinggi tu..huarghhh..

    ReplyDelete

 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012